Wednesday, December 23, 2009
Macam-macam
walaupun hari ni dah masuk 3 hari start prak tp 1 keje pun kami tak buat lagi.. tugas kami sebenarnye kene buat kajian pasal herba yg diradiasi.. belum start buat kajian tapi dah rasa sangat susah..
Sekarang ni tugas kami cari info je byk2 dulu pasal herba n kajian ni.. keje ni tak boleh nak stat sebab lab baru je lepas renovate n barang2 bersepah tak siap kemas.. mungkin by next week or two weeks dari sekarang baru boleh masuk lab.. kitorang ade meja sendiri..
Buat masa ni Pengalaman yang aku takleh lupa.. masa nak pergi keje.. kt tengah jalan boleh ular melintas n ape lagi.. tak sempat nak elak terus langgar ular tu (no choice).. masa nampak ular tu, aku n syamila dua2 menjerit dalam kereta.. nasib syamila pandai kawal kete n tak elak ular tu sbb kete dari depan sangat banyak so bahaya..
Then keje kitorang dah dua hari, datang ofis pagi2 punch kad pastu g kuar.. aritu g UKM utk cari info research pastu tepat kol 5ptg cepat2 g punch kad n balik dgn gembiranya..
Hari ni pulak, kitorang buat aktiviti lain plak.. pergi lawat kosmate lain yang prak kt hiliran koko.. sebab free n taktau nak watpe sementara tunggu pukul 5ptg.. so kitorang pergi melawat citra, afifah, kit yan n wali kt sana.. dorang sume terkejot n tak caye kitorang datang situ.. mmg takde keje tol..
Esok plak kene pergi UKM lg utk cari info lg sbb........ takde keje lg nk wat.. walaupun belum start wat keje tp bila balik rumah mmg rasa mengantuk.. kalo dah start keje nnt tataula camne..
NNt cite lg yea.. utk pengalaman prak seterusnye.. dh penat.. tata
P/S: lama tak post kt blog.. hampir berabuk..
Sunday, December 6, 2009
Tak suka...
Alaa aku bukan nak pape.. cume nak lesen kereta je.. Semua kawan aku kebanyakannya dah ade lesen kereta.. aku je yang takde lagi..
Tiap sem mesti aku dijanjikan akan dapat ambil lesen kereta tapi sampai sekarang sampai hari ni.. tak dapat2 jugak.. ntah tk tahu bila baru dapat.. OK fine aku takde duit nk ambil lesen sendiri..
Tak sukanya rasa macam ni.. nak lesen kereta.. nk bawak kereta sendiri..
Minggu ni dah masuk 4 ke 5 minggu sejak dari exam aku tak keluar pergi mana2 enjoykan diri.. rasanya ni lagi tension n nk gila kot daripada rasa nk exam..
Ntahla takde sape nak bawak g memana lagipun.. TAKDE LESEN kan.. kenela tunggu orang yang bawak.. takkan nk mintak orang bawak kita jalan lak..
Adoi malasnye nak mengarut lagi. yg penting tak suka.. tak suka.. tak suka rasa macam ni.. benci benci benci..
P/S: doakanlah nursheila mustafa muin akan dapat ambil lesen kereta cepat ye.. Amin =(
Wednesday, December 2, 2009
Happy Besday Mama
Happy besday yang ke-49 mama..
Moga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu n dapat capai semua impian mama..
Hari ni mama sambut besday 2 kali.. 1 kat ofis kwn mama yg wat surprise n lagi 1 kat rumah la ngan family.. bestnye kan..
Kat ofis..

Kek special dr kami.. (kek cheese ni.. yg mama paling suke)

Sebelum tu baca doa selamat sikit
P/S: Tadi belajar naik motor ngn abg n adik.. klakar gle.. best gak bwk motor hehe
Friday, November 27, 2009
Selamat Hari Raya
Tahun ni menu hari raya lain skit dari selalu..
Senang datangla rumah ye.. :-)
Saturday, November 14, 2009
Ciri Lelaki Idaman
Takdela sebenarnya cakap pasal ciri lelaki idamanku ni pun sebab nak jawab tag dari zahid.. (kire terpaksa la.. walopun suke gak nanye hehehe =p )
10 Ciri-ciri Lelaki Idaman SHEILA (hanya idaman, kalau dapat mcm ni.. Alhamdulillah):
1) Tak tinggal solat n tahu pasal agama
2) Matang (tapi bukanla kene serius je..)
3) Kelakar (boleh buat aku ketawa n terhibur sbb aku ske ketawa)
4) Tak merokok (nnt busuk n cepat mati.. TAKNAK!)
5) Boleh bertolak ansur
6) Iklas sayang diriku seadanya
7) Suka melancong atau berjalan-jalan (sbb aku ske sgt kalau dapat g jalan2)
8) Hormat orang tua dan suka budak-budak
9) Ade matlamat & tahu apa yang dia nak
10) SETIA & pandai memujuk (maknanya dia sweet)
Thursday, November 12, 2009
Rehat sebentar
Semalam lepas habis exam, rehatkan minda dengan tgk movie bersama nazirah.. tapi kepala pening sangat.. ingt lepas tu nak tido tapi tak jadi lak.. tetibe rasa semangat nak kemas barang untuk balik rumah..
mula2 perancangan awal nak keluar tapi semuanya ade hal n mungkin takde rezeki.. so merajuk nak balik je.. dalam keadaan merajuk n sedih sebab tak dapat keluar, kemas barang2 sume sampai licin bilik tak sampai 1/2 jam pun..
Then kol 5ptg balik rumah.. pastu pening kepala lak tengok barang yg bawak balik tadi, sambung kemas sampai malam.. lepas solat isyak, terus mandi n tido sampai la pagi.. waaa lama sangat tido.. Pening kepala macam nak mati..
Lepas ni bolehla cuti dalam 1 bulan lebih sebelum start praktikal 21 disember ni.. so praktikal dalam 1 sem, bolehla berehat sebentar dari study study study.. seronok nye.. hope praktikal ni sangat best n boleh bagi pengalaman baru.. Yang penting tak payah mengadap buku lagi..
Pada semua budak food sc selamat menjalani Praktikal/LI lepas ni n buat kawan2 lain selamat bercuti n selamat masuk lab n buat tesis untuk yang lain.. gud luck semua in watever you do!
Jumpa lagi...
LOve,
sheila
Monday, November 9, 2009
Selamat tinggal kekasihku..
Aku dah tak tahan lagi dengan kau.. sejak dari dulu lagi aku selalu bersabar je dengan kau.. tiap2 masa aku memahami je kau.. Ape kau suruh aku buat, aku mesti buat untuk kepentingan kau.. terlalu banyak bende yang aku buat demi kau tanpa mengharap apa2 balasan pun,tapi kau tak pernah buat apa2 untuk aku.. untuk menghargai aku..
kekasihku..
Hari2 kau selalu buat aku tension, pening kepala n kadang2 rasa nak gile pun ade memikirkan pasal kau.. Ada masa nye aku sanggup tak makan sebab ingin memenuhi kehendak kau n risaukan kau.. Disebabkan kau, aku tak selalu dapat enjoy dengan kawan2 aku.. kau selalu memaksa aku untuk bersama kau je.. Bila ade masa terluang sikit mulala kau datang n membebankan aku dan mindaku dengan bende yg macam2.. Bila baru kau nk buat aku hepy aku pun tatau.. kadang2 aku menangis bila aku rasa sangat banyak beban dari kau..
Kekasihku,
Hari ni setelah hampir 4 bulan setengah bersama kau.. Aku dapat belajar sesuatu yang baru n mungkin perkara tu dapat mematangkan lagi diri aku n dapat mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih terurus pada masa akan datang.. aku juga dapat belajar untuk menjadi seorang yang penyabar.. Tapi beberapa hari je lagi aku terpaksa melepaskan kau dan begitu juga kau.. aku dah tak larat n tak tahan lagi nk bersama dengan kau dan memikirkan pasal kau walaupun untuk sehari lagi.. selama ini aku dapat bersabar.. tapi tak lagi untuk kali ni.. Keputusan kite untuk berpisah adalah paling baik dan dapat menggembirakan aku.. Aku mintak maaf sebab aku telah temui yang baru, mungkin dapat membawa aku kepada kegembiraan dan ke jalan yang lebih baik lepas ni berbanding bersama dengan kau.. doakan kejayaan aku.. aku harap tidak akan berjumpe lagi dengan kau pada masa akan datang.. Aku harap kau akan dapat menerima perpisahan ini..
Sekian Terima Kasih..
Your Love,
Sheila
Untuk kekasihku : Sem 1 Tahun 3
Friday, November 6, 2009
Pelik bin Peluk
Abg: ktne? balik la..
sheila: aku kt kolej la.. nape suh balik lak ni??
Waaa ni namanya pelik bin peluk ni (aish ape peluk2 lak ni..).. Abang aku tak pernah2 pun mesej aku semata-mata nk suruh balik rumah.. tapi kali ni.. Ha tgk.. mesti rindu kat aku la tu kan.. baru je berapa hari aku tak balik.. Sunyi la tu aku takde.. tak dengar gelak tawa aku..
Tula.. selalu tak nak mengaku aku ni menceriakan suasana kat rumah tu.. Tengok kan dah takde kawan nak buat gaduh n gelak kat rumah.. Kalau aku ade kat rumah ko suruh aku balik UKM cepat.. tengok sekarang, bila aku dah ade kat kolej baru nak rindu .. suruh aku balik..
eh eh eh nanti jap.. pastu dia reply msg lagi..
Abg: oh okay.. saje je..
Sheila: Pelik.. nape tetibe suh aku balik ni.. mesti ade pape ni kan?? (tak puas ati.. nk gak dia ngaku yg dia sbnanye mmg rindu aku n sunyi aku takde kt rumah ok..)
Abg: Aku nk burn lagu nanye..
sheila: huh hampeh.. patutla suh aku balik.. (kecewa)
Eeeeeeee aku baru nk membanggakan diri n perasan baru je menyelubungi diri.. rupa2nya.. aku dah agak dah.. mesti ade udang di sebalik mee dia suruh aku balik.. nk pinjam laptop aku untuk burn lagu rupanya.. patutla semangat nk suruh aku balik.. siap nak ambik lagi.. kalau tak bukan main susah lagi nak bawak aku balik rumah.. Ok fine nampaknye mmg takde sape yg sunyi kat rumah bila aku takde... takpe..
Tapi mama selalu cite, kalau aku tak balik rumah lama skit mesti adik tanya 'ma, kakak mana?' see dia rindu kat aku sbb kalau kat rumah aku memang selalu gaduh (gaduh2 manjala katakan..) dgn adik aku.. Bila aku takde mungkin dia sunyi la kot takde kawan nk gaduh hehe.. tp bila dia mintak tolong aku (lagi2 kalau nak pinjam duit) bukan main baik lagi dia dgn aku.. nasibla adik aku sorang je dalam dunia ni..
Pape pun seronok ade n nyampah pun ade jugak bila jd anak pompuan sorang2 kt rumah ni.. Malas nk explain nape.. k la.. nak g mandi.. dah maghrib.. smangat nk cite dh abis lak.. =)
Huhu
Monday, November 2, 2009
Lumrah Manusia..
Pabila senang duniawi, gembira di hati, sihat di diri..
Sejadah tidak dipeduli, Tuhan dilupai..
Pabila susah melanda, sedih sengsara, sakit merana..
Sejadah dicari minta pertolongan dariNYA
Pabila memiliki sesuatu yang baik,
Tidak pernah merasa cukup dan bersyukur..
Merasakan ada sesuatu yang lebih baik dan inginkan yang lebih baik itu..
Pabila sesuatu yang baik tiada dan pergi dari sisi..
Rasa menyesal menyelubungi diri..
Merasakan yang pergi itulah yang terbaik untuk disyukuri.
Manusia,
Merasakan orang yang disayangi itu patut dimilki..
Sedangkan adalah lebih baik menjadi milik orang yang menyayangi..
Kerna yang menyayangi lebih sejati,
Kekal abadi dengan kasih suci..
Manusia,
Yang cantik dari luaran itulah permata..
Dan sebaliknya adalah kaca dan tidak bermakna apa-apa..
Sedangkan biarlah buruk di luarannya..
Asalkan cantik di dalam adalah nilai sebenar permata..
Manusia,
Kekayaan dikejar.. Keimanan ditandingi..
Duniawi terbesar.. Akhirat tak beerti…
Love,
sheila
Wednesday, October 28, 2009
Makan makan makan
time ni.....
Barula nk g cari makanan kt dapur n mkn cm GERGASI (sgt menakutkan kalo tgk hehehe..) hmm Ingat lagi.. dulu kalo aku makan byk mama akan kata
Tuesday, October 27, 2009
Pesanan Rasulullah S.A.W kepada WANITA
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Monday, October 26, 2009
Sakit kepala..
Susah ke?? hmmm no comment, penat nk ckp even susah or sng.. lg2 bile study last minute kan.. (cm biasala..) rasanye ade masa seminggu kot nk study tp tatau nape byk bende tak izinkan nk study awal2..
So kesannye pening kepala sbb push otak ni utk nk phm n ingt sume bende dalam masa yg singkat.. tak nyesal langsung pun sbb mmg takleh nk bentuk dh diri ni study awal.. adoi.. padan la muka sendiri pening kepala kan..
Tadi pas blk dr exam ikut syamila g isi minyak motor dia sbb bosan tatau nk watpe kn.. pas isi minyak kitorang g lunch kt food court billion.. byk gle aku n syamila mkn.. pastu sambil cite2.. mmg syok.. lama gle lak tu ktorang mkn hehe.. bahagia je rasa.. (hello!! baru lepas 1 paper je ye..)
Pas lunch kitorang tak terus balik tp g MINT dkat ngn jln g dengkil tu tgk tempat LI.. yela nnt start LI takdela sesat cari tempat.. td pun dh sesat cari tempat tu.. nasib jumpe gak..
Then syamila anta aku blk umah.. blk je.. pas solat ingt nk qada' tido tp takleh lak.. last2 main msg ngn tuuuuuuttt sampai ptg n tak rasa ngntuk.. skg kepala ni dh ngntuk gle.. tp tatau nape takleh lelap.. adoi..
Mlm ni nk tgk tv n tido.. sok baru study (kalo rajin n ade smangat la)
P/S: harini rasa bahagia tatau nape..
P/S: cm tak caye je tak lama lg nk LI
Wednesday, October 21, 2009
Walaupun hujan..

udin ni kalo ye pun salin la kt dalam..


Tetamu yg terawal dtg walopun ujan

Wali, udin n hafiz basah kuyup..


Udin lak tambah.. yg penting sume mkn lebih dr 1 pinggan
Saturday, October 17, 2009
Jom masak!!!
Waaa ni fevret ni.. senang je cara2 nk masak dia..
Jom tgk resipi...
Mula2 panaskan santan n kacau supaya santan tak pecah.. kalo tak nanti kene cubit ngn mama

Then masukkan gula merah dalam 2 senduk ikut nak manis cmne



Sape masak ni...
Happy Besday Adik Amir & Amie
Tapi nape tajuk besday adik amir & amie??
Amie ni adik angkat aku.. dia sebaya adik aku, sama kelas, sama sekolah, muka pun hampir sama, sama perangai n ape lg... haa besday dorang pun dekat2.. sumenye lebih kurang sama je budak 2 org ni..
Besday amie ni 6/10/2009 aritu tapi semalam kire sambut sekali besday dia.. seronok tol dia dapat celebrate besday n siap dapat hadiah lagi..
Ni pic dorang berdua.. muka aku tade pun...



P/S: Besday aku.. korang tak wish pun kan.. lg kan bg adiah.. ishk3.. hehe
Thursday, October 15, 2009
Kegilaan... Badan panas sebentar
Nak dijadikan cite, lagi 5% kot nk siap slide tu, tetibe tatau ape yg aku klik, then terkeluar yang send error, don't send error.. Aku tau kalo tekan mana2 pun mesti power point tu akan mati.. So kononnye jalan selamat tekan pangkah kt box error tu, sat g........ TAP!!! power point tu mmg btol2 ilang.. slalunye sblm ni kalo wat keje skit mmg bende tu akan automatik save.. Pastu aku pun konon +ve g buka balik file td ngn harapan ape yang dibuat dr pagi tadi ade lah yang tersave.. tiba2 buka, slide tu kosong, hitam putih je..
Time aku tgk slide hitam putih ni, tetibe aku benti senyum, gerak n ckp.. badan rasa panas gle cam terbakar.. Kwn aku kata group kitorang present kol 2.. time tu kol 1.05ptg.. Aku rasa nk mati sebentar.. so ngn tak buang masa aku tros wat balik slide td.. (waaa rasa nk nangis).. dlm kol 1 lebih gak Nazirah nk g print report sensori tp kt kedai tu ramai gle org...
Aku risau gle.. dalam kol 2.15 cmtu baru nazirah blk dari print ngn selamba dia ckp 'aku jumpe qilah n dia kata kite bukan present kol 2' Hampeh upanya kitorang present kol 3.40ptg ishk3.. So Aku sempatla tgk balik slide yg aku wat tadi before g present..
Time present lak patutnye group ktorang 3 org tp 1 member takleh nk present skali sbb blk kg nak raya deepavali.. redha jela.. time group lain present prof cm tak tanya sgt.. tetibe time group aku presnt tetibe dia smangat lak tanya mcm2 soalan lak ai n tegur2 slide kitorang n dia cm marah2 lama gak.. aku n nazirah wat muka tak bersalah troskan je present..
Pape pun lega dh abis sume presentation.. Aritu FPD dhla mengecewakan aku tp bak kata Aziah 'kite dh wat yg terbaik'.. so takpela.. lg pun bende dh lepas.. Skang n siapkan report, minitab n assgmt.. huhuhuhuhu...
P/S: Mlm td tido lambat n dh bape kali dh asik tak makan tengahari..
P/S: sejak akhir2 ni bilik PMF full ngn budak food sc n mlm td dgr cite budak2 ni duk library sampai pagi.. waaa dahsyat sem ni..
Saturday, October 10, 2009
Y.A.K.U.L.T
Then baru stat lawat cmne proses wat yakult tu.. semua tgk di sebalik cermin je n takleh masuk pun tempat tu sbb hygiene case kan..
Dalam pukul 11 lebih cmtu baru bertolak balik.. takdela menarik sgt kot g kilang yakult ni.. huhu aktiviti yang sume nampak cm excited adalah aktiviti bergambar je.. tiap masa sume duk bergambar...
Neway walopun cm tak menarik seperti yg disangkakan, dptla jugak sikit pengetahuan n pengalaman melawat kilang dengan cosmate..




P/S: nak balik umah.. sok ade jamuan kt taman perumahan lak
Tuesday, October 6, 2009
......................
Wednesday, September 30, 2009
Kenapa??????
kenapa kite perlu sayang org yang tak sayangkan kite??
kenapa kite je perlu paham org tapi org tu tak penah nak pahami kite??
P/S: Aku perlukan jawapan dari sesape je..
P/S: jawab jgn tak jawab.. =D
Friday, September 25, 2009
Raya KEtiga
Hari ni pejam celik pejam pelik dh raya ketiga.. cepat sungguh kan masa berlalu.. So harini dah tiba masa balik bangi.. Before balik bangi pegi umah pak cik dulu.. Pak cik baru baik dari sakit.. Akhirnye dapat gak tgk pak cik.. Time pegi tgk pakcik.. famly mak long, mak ngah, mak itam pun ade skali.. Then pas zohor dalam kol 2.30 baru bertolak balik bangi.. sampai dalam pukul 5 lebih cmtu n singgah makan Pizza.. best best.. lama tak makan pizza..
Raya KEDUA..
Hari raya kedua.. citenye ringkas sahaja.. raya raya raya.. dari pagi sampai petang.. Raya dimulai ngn umah tok long, tok su, tok ngah, Mak ngah, Mak ndak n last skali umah mak long.. Pas zohor umah mak long wat tahlil n makan2 ngn famly.. Ramai n meriah cm biasa.. hehe.. Malam tak g raya tp duk je umah mak itam, tgk tv.. makan banyak n tido... Penat penat penat tp best sgt=D
Thursday, September 24, 2009
Raya Pertama
Mama n papa
Haaa ni baru jadi sume pandang kamera..
Selamat hari raya pa.. org mintak maaf kataku..
Kembar di pagi raya
Lepas dh bermaafan ngn famly sume siapkan makanan n bwk g umah mak lak.. Sebab sume sedara dh tunggu kt sana.. SO bermaafan ngn sume sedara n mak abah kt sana.. Raya kali ni memang ramai n meriah sgt kat umah mak sebab Ecah n Abg yo raya umah mak dlo sebelum g umah mak mertua dorang... Then ramai2 menjamu selera.. macam2 makanan ade.. soto, rendang, ketupat, sambal goreng, ayam kicap (mama masak), Laksa (mak masak), nasi himpit (nak jugak), n macam2 lagila.. Tapi aku makan skit je sebab takde mood sgtla nk makan..
Aku, adik n mama
Sambung cite utk raya kedua yer...