Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua..
Tahun ni menu hari raya lain skit dari selalu..
Senang datangla rumah ye.. :-)

Saturday, November 14, 2009

Ciri Lelaki Idaman

Assalamualaikum semua.. Sempena cuti ni, dah mula ade masa untuk fikir pasal lelaki idaman.. umur pun dah meningkat haha poyo je..

Takdela sebenarnya cakap pasal ciri lelaki idamanku ni pun sebab nak jawab tag dari zahid.. (kire terpaksa la.. walopun suke gak nanye hehehe =p )

10 Ciri-ciri Lelaki Idaman SHEILA (hanya idaman, kalau dapat mcm ni.. Alhamdulillah):
1) Tak tinggal solat n tahu pasal agama
2) Matang (tapi bukanla kene serius je..)
3) Kelakar (boleh buat aku ketawa n terhibur sbb aku ske ketawa)
4) Tak merokok (nnt busuk n cepat mati.. TAKNAK!)
5) Boleh bertolak ansur
6) Iklas sayang diriku seadanya
7) Suka melancong atau berjalan-jalan (sbb aku ske sgt kalau dapat g jalan2)
8) Hormat orang tua dan suka budak-budak
9) Ade matlamat & tahu apa yang dia nak
10) SETIA & pandai memujuk (maknanya dia sweet)

Thursday, November 12, 2009

Rehat sebentar

Semalam 11-11-2009 tamat sudah exam yntuk sem 1 Tahun 3 aku.. paper terakhir semalam adalah biostatistik.. Alhamdulillah akhirnya settle gak jwb semua paper..

Semalam lepas habis exam, rehatkan minda dengan tgk movie bersama nazirah.. tapi kepala pening sangat.. ingt lepas tu nak tido tapi tak jadi lak.. tetibe rasa semangat nak kemas barang untuk balik rumah..

mula2 perancangan awal nak keluar tapi semuanya ade hal n mungkin takde rezeki.. so merajuk nak balik je.. dalam keadaan merajuk n sedih sebab tak dapat keluar, kemas barang2 sume sampai licin bilik tak sampai 1/2 jam pun..

Then kol 5ptg balik rumah.. pastu pening kepala lak tengok barang yg bawak balik tadi, sambung kemas sampai malam.. lepas solat isyak, terus mandi n tido sampai la pagi.. waaa lama sangat tido.. Pening kepala macam nak mati..

Lepas ni bolehla cuti dalam 1 bulan lebih sebelum start praktikal 21 disember ni.. so praktikal dalam 1 sem, bolehla berehat sebentar dari study study study.. seronok nye.. hope praktikal ni sangat best n boleh bagi pengalaman baru.. Yang penting tak payah mengadap buku lagi..

Pada semua budak food sc selamat menjalani Praktikal/LI lepas ni n buat kawan2 lain selamat bercuti n selamat masuk lab n buat tesis untuk yang lain.. gud luck semua in watever you do!
Jumpa lagi...


LOve,
sheila

Monday, November 9, 2009

Selamat tinggal kekasihku..

Surat ini khas buat kekasihKU..


Aku dah tak tahan lagi dengan kau.. sejak dari dulu lagi aku selalu bersabar je dengan kau.. tiap2 masa aku memahami je kau.. Ape kau suruh aku buat, aku mesti buat untuk kepentingan kau.. terlalu banyak bende yang aku buat demi kau tanpa mengharap apa2 balasan pun,tapi kau tak pernah buat apa2 untuk aku.. untuk menghargai aku..



kekasihku..
Hari2 kau selalu buat aku tension, pening kepala n kadang2 rasa nak gile pun ade memikirkan pasal kau.. Ada masa nye aku sanggup tak makan sebab ingin memenuhi kehendak kau n risaukan kau.. Disebabkan kau, aku tak selalu dapat enjoy dengan kawan2 aku.. kau selalu memaksa aku untuk bersama kau je.. Bila ade masa terluang sikit mulala kau datang n membebankan aku dan mindaku dengan bende yg macam2.. Bila baru kau nk buat aku hepy aku pun tatau.. kadang2 aku menangis bila aku rasa sangat banyak beban dari kau..



Kekasihku,
Hari ni setelah hampir 4 bulan setengah bersama kau.. Aku dapat belajar sesuatu yang baru n mungkin perkara tu dapat mematangkan lagi diri aku n dapat mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih terurus pada masa akan datang.. aku juga dapat belajar untuk menjadi seorang yang penyabar.. Tapi beberapa hari je lagi aku terpaksa melepaskan kau dan begitu juga kau.. aku dah tak larat n tak tahan lagi nk bersama dengan kau dan memikirkan pasal kau walaupun untuk sehari lagi.. selama ini aku dapat bersabar.. tapi tak lagi untuk kali ni.. Keputusan kite untuk berpisah adalah paling baik dan dapat menggembirakan aku.. Aku mintak maaf sebab aku telah temui yang baru, mungkin dapat membawa aku kepada kegembiraan dan ke jalan yang lebih baik lepas ni berbanding bersama dengan kau.. doakan kejayaan aku.. aku harap tidak akan berjumpe lagi dengan kau pada masa akan datang.. Aku harap kau akan dapat menerima perpisahan ini..







Sekian Terima Kasih..








Your Love,
Sheila




Untuk kekasihku : Sem 1 Tahun 3

Friday, November 6, 2009

Pelik bin Peluk

Situasi dia cmni.. tetibe abgku msg

Abg: ktne? balik la..

sheila: aku kt kolej la.. nape suh balik lak ni??


Waaa ni namanya pelik bin peluk ni (aish ape peluk2 lak ni..).. Abang aku tak pernah2 pun mesej aku semata-mata nk suruh balik rumah.. tapi kali ni.. Ha tgk.. mesti rindu kat aku la tu kan.. baru je berapa hari aku tak balik.. Sunyi la tu aku takde.. tak dengar gelak tawa aku..

Tula.. selalu tak nak mengaku aku ni menceriakan suasana kat rumah tu.. Tengok kan dah takde kawan nak buat gaduh n gelak kat rumah.. Kalau aku ade kat rumah ko suruh aku balik UKM cepat.. tengok sekarang, bila aku dah ade kat kolej baru nak rindu .. suruh aku balik..



eh eh eh nanti jap.. pastu dia reply msg lagi..



Abg: oh okay.. saje je..

Sheila: Pelik.. nape tetibe suh aku balik ni.. mesti ade pape ni kan?? (tak puas ati.. nk gak dia ngaku yg dia sbnanye mmg rindu aku n sunyi aku takde kt rumah ok..)

Abg: Aku nk burn lagu nanye..

sheila: huh hampeh.. patutla suh aku balik.. (kecewa)


Eeeeeeee aku baru nk membanggakan diri n perasan baru je menyelubungi diri.. rupa2nya.. aku dah agak dah.. mesti ade udang di sebalik mee dia suruh aku balik.. nk pinjam laptop aku untuk burn lagu rupanya.. patutla semangat nk suruh aku balik.. siap nak ambik lagi.. kalau tak bukan main susah lagi nak bawak aku balik rumah.. Ok fine nampaknye mmg takde sape yg sunyi kat rumah bila aku takde... takpe..

Tapi mama selalu cite, kalau aku tak balik rumah lama skit mesti adik tanya 'ma, kakak mana?' see dia rindu kat aku sbb kalau kat rumah aku memang selalu gaduh (gaduh2 manjala katakan..) dgn adik aku.. Bila aku takde mungkin dia sunyi la kot takde kawan nk gaduh hehe.. tp bila dia mintak tolong aku (lagi2 kalau nak pinjam duit) bukan main baik lagi dia dgn aku.. nasibla adik aku sorang je dalam dunia ni..

Pape pun seronok ade n nyampah pun ade jugak bila jd anak pompuan sorang2 kt rumah ni.. Malas nk explain nape.. k la.. nak g mandi.. dah maghrib.. smangat nk cite dh abis lak.. =)

Huhu

Takutnyeeee nk exam jap g...
hope dpt abis study..
(dah2.. tulis blog lak dia.. studyla adoi..)

Monday, November 2, 2009

Lumrah Manusia..

Manusia,

Pabila senang duniawi, gembira di hati, sihat di diri..
Sejadah tidak dipeduli, Tuhan dilupai..
Pabila susah melanda, sedih sengsara, sakit merana..
Sejadah dicari minta pertolongan dariNYA

Pabila memiliki sesuatu yang baik,
Tidak pernah merasa cukup dan bersyukur..
Merasakan ada sesuatu yang lebih baik dan inginkan yang lebih baik itu..
Pabila sesuatu yang baik tiada dan pergi dari sisi..
Rasa menyesal menyelubungi diri..
Merasakan yang pergi itulah yang terbaik untuk disyukuri.


Manusia,

Merasakan orang yang disayangi itu patut dimilki..
Sedangkan adalah lebih baik menjadi milik orang yang menyayangi..
Kerna yang menyayangi lebih sejati,
Kekal abadi dengan kasih suci..

Manusia,


Yang cantik dari luaran itulah permata..
Dan sebaliknya adalah kaca dan tidak bermakna apa-apa..
Sedangkan biarlah buruk di luarannya..
Asalkan cantik di dalam adalah nilai sebenar permata..



Manusia,

Kekayaan dikejar.. Keimanan ditandingi..
Duniawi terbesar.. Akhirat tak beerti…




Love,
sheila

Related Posts with Thumbnails