Friday, December 24, 2010

3 minit je???

LONDON - Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa dilakukan sempena pelancaran buku terbaru, Instinct yang dihasilkan oleh penulis Britain, Ben Kay.

Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.

"Kajian ini mengejutkan kerana wanita membuat keputusan mengenai lelaki dengan begitu cepat," kata Kay.

Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita.

Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka.

Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka.

Sebanyak 88 peratus wanita percaya pada rasa hati mereka berhubung penilaian terhadap lelaki.

Lelaki dan wanita menyatakan bahawa mereka bergantung pada rasa hati masing-masing semasa membuat keputusan mengenai teman hidup. - Agensi

Tuesday, December 21, 2010

FIRST DAY yg sangat menakjubkan!

Hari ni Selasa bersamaan 21/12/2010 adalah first day aku pergi ke kelas utk Sem terakhir tahun ke 4 ni.. ulang suara... SEM TERAKHIR ye InsyaAllah... Sepatutnya kelas dari semalam lagi dah ada tapi memandangkan aku bertekad untuk memanjangkan cuti aku di UKM n ada hal lain + kurang sihat + tak puas cuti sebab masuk lab + 'tersgt rajin' terpaksalah aku anggap cuti je semalam.. [suka hati je kan mcm ayah kau tu NC UKM aje]..

Malam tadi je walaupun aku tak datang kelas tapi ada kosmate aku yg baik hati SMS beritahu ada assignment untuk 1 subjek tu n esok kene datang kelas nak bincang pasal assignment tu... wow hari 1st dah dpt assignment.. menakjubkan bukan???!!!

Berbalik pada 1st day aku ke kelas yg sgt menakjubkan tu.. So hari ni dgn rajinnya aku datang ke kelas n dah janji nak pergi dgn kawanku tapi aku ditinggalkan sebab aku print sesuatu pagi tadi n lambat sikit.. terpaksalah pergi sorang2.. masa tu dah agak lambat, aku tunggu nak melintas jalan sambil jawab call kawanku.. ada sebuah kereta ni sangat laju lalu depanku n depan tu pulak tanpa disedari ada air lecak yg sgt banyak macam air laut.. apa lagi air tu menyambar aku macam ombak besar kat laut.. menakjubkan lagi kan???!!! kereta tu dgn ayat yg paling manis : 'memang agak kurang ajar di situ ye'..






Bengangnye memang sampai tak terkata2 n terkedula kat situ bila separuh baju kurung n tudung aku kuyup macam mandi kali kedua.. dahla ada 2 orang lelaki depan aku time tu.. nasib baik diorang tak gelakkan.. kalaulah aku tak boleh kawal marah aku tadi, dah lama aku bertukar jadi HULK n aku pijak2 kereta tu pastu campak dalam gaung.. eeeeeeeeeeeeeeeeeee tapi tak sempat nak bertukar pun.. dah lewat ni.. Sambil jalan laju2 pergi kelas tu apa lagi.. menyumpah seranah la kereta tu.. mujurla angin pagi tu buat tudung aku makin kering n bila sampai kelas tak nampak sgt kuyupnye.. cuma baju aje yg basah... Nasib baik juga lecturer tu tak start ngajar lagi..




Kalau ikutkan hati nak aku buat macam ni dekat kereta tu.. [takpe aku baik lagi ni]
Memang dugaan sem akhir betullah.. bila masuk kelas tu dengar lagi berita gembira yg lecturer tu suka nak dengar kami buat presentation every week.. lagi perkara yg menakjubkan.. Entahla malas nak cite panjang lagi..
AKu harap aku sihat sepenuhnya, boleh mulakan lab semula sampai settle keje analisis n boleh siapkan tesis.. plus dgn assignment presentation utk subjek seminar...
'Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini dan berkati semua kerja ku.. Amin..'

Thursday, December 16, 2010

25 Secrets

25 rahsia aku yang orang lain tak tahu...


Tajuk kat atas ni adalah TAG dari kwnku Ainin So lepas baca ni mungkin anda akan tahu sesuatu yg anda tak tahu tentang NURSHEILA MUSTAFA MUIN sebelum ni..



1. Suka makan roti bom, burger n ayam

2. berat badan sangat senang naik & turun

3. Muka alah dgn bedak muka [dh try byk bedak tp semuanya bagi kesan negatif, so solution nye takyah pakai pape kt muka]

4. Suka sangat dgn kucing, hamster, rabbit tapi alah dgn bulu2 mereka [bersin2, so lepas pegang kene basuh tangan]

5. Sangat susah nak menangis kalau tengok movie, dengar lagu, or baca sesuatu yg sedih melainkan kalau emosi tengah tak stabil

6. Tak suka baca novel [ramai org pelik]

7. Sangat mudah tersentuh kalau kene marah ataupun org tinggi suara

8. Banyak simpan rahsia cintan cintun kawan2 dalam tangan sejak dari skolah lagi [pendengar yg baik]

9. Pernah couple sekali je buat masa ni [hanya bertahan 4 tahun]

10. Benci dgn org yg tak adil dalam ape2 keadaan sekali pun n benci bila dilayan dgn tidak adil [wah mcm ayat org bermadu aje]

11. Teringin sgt3 nak pergi Disney land

12. Hidung boleh detect bau asap rokok n habuk dgn berkesan [benci sgttttt asap rokok nnt bersin2]

13. Suka ambil gambar n masuk dalam gambar..

14. Suka lelaki yg berambut pendek n kemas [bagi saya laki rambut panjang sangat tak hensem!!!]

15. sangat cair n terpikat tengok lelaki yg pakai kemeja putih or hitam [nampak kemas]

16. kalau boleh nak suami yg tak merokok

17. Tak suka masakan yg pedas [tapi bukan tak makan langsung]

18. kalau tengah terasa dgn seseorang or tension susah nak sembunyikan muka yg semasam cuka tu

19. Pernah target nak kawin umur 23 thn tp sampai sekarang 1 habuk calon pun takde n target diubah.. akan kawin maybe 4 tahun dari sekarang lepas stabil segalanya..


20. Suka senyum n ketawa [ramai kawan tegur muka saya sgt garang kalau tak senyum]


21. sangat benci kalau barang hilang or org ambil tanpa izin


22. suka beli beg, kasut, jam tangan walaupun ada yg tak pakai lagi.. buat koleksi [tak perlu mahal]


23. sifat sebenar : peramah n banyak cakap dgn orang yg rapat je.. plus pemalu [dulu sgt pendiam dgn org yg tak dikenali]


24. Dalam beg memang wajib ada minyak angin, vicks n sehelai sapu tangan [pakai sapu tgn sejak dari sekolah rendah lagi sampailah sekarang]


25. Suka makanan yg ade cheese, coklat n butter.. [sedap lemak berkrim disukai sheila]

Engkaulah WIRAKU

oh WIRAku...

Kali ni dah masuk kali ketiga kau masuk hospital sejak aku bersama kau kemana saje.. sebelum ni aku ingat lagi kau pernah tiba2 aje sakit di tengah jalan masa kau teman aku dgn kawan2ku keluar.. tak sempat nk sampai tempat yg dituju kau dah pengsan.. nasib baik time tu btol2 kau pengsan dekat dgn pondok guard kilang.. boleh la jugak guard tu tolong aku.. dah lah hensem2 pulak tu.. hihihi

Kali kedua kau sakit minggu lepas.. time tu kaki (tayar) kau sakit.. terseliuh agaknya.. masa tu pagi.. aku nak pergi lab.. tiba2 papa kata:

papa : papa dh pam dah tayar kereta tu.. dah bawak masuk dalam rumah dah..
aku : ok2 mekaseh (sejak bila pulak dia pancit, semalam ok aje)

Aku pun pergilah ke lab dgn wiraku.. tiba2 bila aku lepas stering, dia bergerak ke kanan sendiri... dalam hatiku berkata (stering ni rosak ke.. semalam elok je).. jalan2 lagi dgn lajunye terlanggar lubang besar.. tuuppp!!! hatiku berkata lagi (kuatnya bunyi, selalu langgar lubang tak bunyi camni.. oh lupa pula papa kata baru pam pagi tadi.. patutla.. memang keras betul tayar ni..) AKu teruskan perjalanan dgn senyum...

Sampai di lab papa call:

papa :kat mana ni??
aku: org dh ada dekat lab dah ni..
papa : dah sampai ukm???
aku: yela.. kenapa??
papa : [gelak] tayar tu pancit tau tak..
aku : laa yeke?? pg tadi papa kata dah pam kan.. org bawak jela
papa : memanglah dah pam tapi dia pancit balik.. papa dah suruh adik pamkan tadi.. dia tak buat la tu.. call adik suruh dia datang bawak pam g UKM tu..
aku : laaa yeke.. org tatau pun.. tadi dia takde pulak cakap pape.. ok2 org call dia jap lagi..

Adoilaa baru aku tau kenapa stering ke kanan sendiri n langgar lubang bunyi kuat.. hahaha tayar pancit teruk rupanya.. tula bawak kereta je reti.. petang adik n papa datang tukar tayar sebab pancit dia memang teruk sangat.. lepas tu kene marah huhuhu.. malam wiraku masuk hospital..

Kali ketiga wiraku sakit semalam.. dia masuk hospital pun aku tak tau.. kali ni ade penyakit ape tah.. jantung kot.. nasib hospital belakang rumah aje..

Tadi wiraku dah pulih seperti sedia kala n dapat teman aku keluar rumah.. jangan sakit lagi ye wiraku.. walaupun kita baru je bersama & kau bukan hak milik kekal tapi aku sayang kat kau hehehehe..



** WIRA adalah kereta ku [silap.. kereta mamaku]

Monday, December 13, 2010

M.A.H.A International 2010

Tempat: MAHA International 2010
Kenderaan : Myvi Nadiy (dimuatkan dgn 6 org)
Masa : 4pm ~ 10pm
Kawan : Kosmate (Qila, Nadiy, Seha, Dayu, Ain)


Sukanya dapat belon hihihi






Shopping makanan..




Banyak sangat makanan kat sini
Dekat Agrobazaar ni ada jual banyak produk yg berkaitan makanan hasil dari pertanian...
Menariknya dekat sini.. banyak produk makanan n minuman yg ada jarang kita jumpa dekat pasaran n sgt unik dan pelik.. Rasanya budak2 food science memang sesuai datang dekat tempat yg macam ni.. boleh juga dapat idea baru untuk pembangunan produk makanan dalam industri masa akan datang..
Antara produk yg menarik, air kordial perisa oren, anggur n strawberi yg diperbuat hasil campuran seaweed n buah-buahan.. Ada lagi, epal dibuat macam kerepek kering, keropok goreng tanpa minyak yg dimasak dgn mesin, keropok ikan keli, santan hasil dari sawit n banyak lagilah... boleh dikatakan setiap gerai akan ada tester utk produk makanan n minuman yg dorang jual.. So apa lagi mestilah tak lepaskan peluang rasa semua bende.. elok2 perut kosong, keluar dari sini terus FULL hehehe.. untung jugak kan..
Then ada part lain dekat luar Hall pulak tempat jual pokok2.. so sape yg berminat dgn pokok bunga ke, pokok apape jela boleh cari dekat sini.. dekat sini 1 pokok yg saya rasa sangat laku.. pokok rossel.. sebabnya ada kawan saya yg nak beli pokok ni tapi dekat semua kedai dah habis n nasib baik jumpa juga dekat 1 kedai ni.. pak cik tu siap bagi harga murah lagi sebab kami kata nak guna pokok tu utk buat kajian.. baik sungguh hati pakcik..

Part jual2 pokok






Suasana waktu malam

dayu dgn pisang2nya


Naik trem utk pergi n balik ke tempat parking [berangin je naik bende ni rasa taknak turun aje]


Jom balik


Kami hepy walaupun sgt penat


Bila masing2 dah dapat apa yg dorang nak.. kami pun balik setelah penat berjalan.. bila kami balik makin ramai org yg dtg.. yela esoknya hari sabtu n ahad last MAHA ni.. sebab tula ramai sgt org agaknya.. semua org taknak lepaskan peluang pergi tempat yg menarik macam ni..
Tapi rasa kecewa sgt dgn segelintir sikap org Malaysia yg cukup tak sabar n tak bertolak ansur.. sepatutnya cuma ada 2 line utk kereta ke pintu masuk tapi dorang pergi buat sampai 4 line n sanggup berlanggar2 kereta asalkan dapat masuk dulu.. haish.. BERATUR DAN TUNGGULAH GILIRAN ANDA.. tak lari mana la MAHA tu...

Sunday, December 12, 2010

Ramainyeeeee

My family paling ramai yg sambut besday bln 12 ni dalam 6 org.. ramainyeeee.. So peruntukan utk celebrate besday mereka2 pun bertambah skit daripada sebelum2 ni.. takpe2 asalkan semua org hepy.. hehehe..

Tahun ni besday mereka2 ni cume celebrate dekat rumah aje tak macam sebelum2 ni ada yg buat dekat luar.. walaupun cume buat kecil-kecilan tapi meriah jugak sebab mereka semua ni memang mampu menghuru-harakan n buat majlis jadi happening plus ramai sangat budak2 kecik.. memang kecoh jadinya..


So.......


Sementara tunggu yg lain dtg, ikan dibakar..


Udang pun ade.. hmmm sedapnyaa


Antara menu2 lain yg ada...


Ni tukang bakar yg sgt rajin n tak pernah putus asa hehe


Tetamu yg paling awal sampai
tgkla budak2 ni.. pemeriah suasana sungguh


Arissa dgn nenek2 glamour


Bila si lelaki pergi ke surau.. yg wanita pulak ganti membakar


yeah si pembeli kek dah sampai


Semua sibuk aje nk tengok jugak kek


Besarnyee ikan. mesti sedap ni..
menyibuk jap si baju turqois tu


OK nenek mula agihkan gula2 n mainan dekat budak2 ni biar duk diam sikit
Siapkanlah pape yg patut dulu ye

hepy besday to ALL
Bacaan doa Selamat
Cepat2 hidupkan lilin.. semua tak sabar nak potong kek tu nampaknye
Ramainyee
Semua pun sibuk nak masuk dlm gmbar termasuk yg bkn besday dia..


Sesi suap menyuap pulak






Now.. makan time!!!


Sesi pemberian n pembukaan hadiah pulak











Muka mama sgt terkejut tgk hadiah ni hahaha..


SI pengerusi gembira nampaknye dgn hadiah tu


Mak pun dpt hadiah jugak hehe


Gembira la tu dgn beg baru tu kan... [jeles]


Luv u =)

Related Posts with Thumbnails