Wednesday, June 30, 2010

Kisah seorang Ibu dan Isteri

Kisah bermula....

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata. Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh, sebaliknya bertambah teruk.

Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih. Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang.

Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali. Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah."Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.Beberapa kali dia beristighfar sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.





Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?"tanya si anak. "Begini, semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,"jelas si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama termenung. "Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah siibu. "Gali kubur? Tapi bukankah kubur hanya untuk orang mati?" soal si anak penuh kehairanan. "Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya'allah mak akan selamat,"ujar si ibu selamba.

Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan air mata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: "Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku. Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku." Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir."Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.





Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya.

Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami," pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut. Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?"tanyanya lagi. "Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat.






Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat,"aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku. maka itulah Allah jadikan kuburku ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya'allah," jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.


Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semula selepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur.


Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itu pun bersuara "Dia arwah isteri saya," kata lelaki itu sayu. " Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana ," jelas si ibu itu. "Baiklah, aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,"sambung lelaki itu lagi. Aneh, malam itu, si ibu bermimpi di datangi perempuan yang dipatuk burung itu. "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya si ibu itu. "Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.


(Dipetik dari kitab karangan Imam Al-Ghazali)

Sabda Rasulullah S.A.W.:"Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai di antara ahlinya adalah wanita."Maka seorang wanita bertanya: "Mengapa ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab,"Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya."

Congratzzz

Post ni dituju khas untuk kwn2 ku yg dapat further study in degree n master..

Congrats buat :

- Khadijah, Adidah yg dapat sambung degree di UiTM shah alam..
-Zahida yg dapat sambung master di UKM, n
-Nurizati yg dapat sambung degree di UiTM puncak Alam.. Congrats lagi sekali untuk kamu semua..

Study rajin2 ye.. Jgn hampakan diri.. keluarga n masa depan.. cewah pandai je saya bercakap.. wish me luck too k.. moga saya akan jadi student yg lebih rajin lg untuk sem depan ni...

Minggu depan 11 julai dh kene balik UKM.. huhuhu malasnye rasa nak balik.. sebab lepas ni dah kene bagi komitmen utk study.. so time utk perah2 otak n hidup tension akan bermula.. pape pun samat memulakan sem baru buat kawan2ku semua... =)

Wednesday, June 23, 2010

Aku dan dia (。❤‿❤。)

Ini adalah kisah antara saya dan makhluk Tuhan yg sungguh comel yang pernah hadir dalam hidupku.. Saat pertama diri ni kenal erti sayangkan makhluk ni sejak sekolah rendah lagi..

Cerita # 1:

Masa tu ade seekor kucing putih yang datang di depan rumah dan dia sangatlah manja.. asik je menggesel di kaki.. bila disuruh pergi makin dia datang dekat..

Hari2 dia datang dan datang n hati ni mulalah rasa makin sayang n baik hati nak bagi dia makan.. boleh dikatakan hari2 kalau ada ikan lebih akan ku bagi dekat dia n kalau takde pun saya sanggup tak makan ikan asalkan kucing tu tak lapar.. Lupe pulak.. kucing ni betina so paham2 jela.. asik je bawa benih sesape balik umah.. bunting n bersalin..

Bila dia bersalin sayala orang yg paling hepy sekali umpama baru dapat anak sendiri.. So dapatla rasa jadi mama kucing hehehe.. (。❤‿❤。) Jadi mama kucing memang sgt untung sebab sekali dapat anak 5-6 ekor sekali.. wow besh3..






Bila dia lahirkan anak, dia suka sgt sorokkan anak dia.. kadang2 tu sorokkan bawah batu so bila hujan abis basah budak2 comel tu.. sedih sgt tengok.. nak letak anak dia tempat lain nanti ibu dia marah.. sebabkan tu banyak anak dia mati.. dalam banyak2 tu ada sekor warna kelabu yg sangat comel.. Jarang saya tengok kucing warna kelabu.. dahla montel.. sayang sgt.. my cousin pun gilakan kucing n dia kata nak amik yg kelabu tu nak pinjam.. so kasila.. dalam bape hari dia kata kucing tu kurus n taknk minum susu..

Bila bawak balik nk susukan dekat mak dia, mak dia taknak susukan mungkin sebab anak dia dah bau lain.. sejak tu anak dia mati.. (∩︵∩)





Dalam banyak kali kucingku ni bunting n bersalin.. bila ditolak.. ditambah dengan yg dh hilang, yg mati, yg diambil org, yg lupa diri... n dicongak last2 adala 2 ekor anak dia ni yg kembar (warna bulu sama) panjang umur..

Ingat lagi bila ibu dia mati.. time tu hujan.. dah bape minggu ke bulan kucing ni tak balik umah.. tetibe dia balik.. dia asik mengiau.. rasa nk nangis tgk dia sebab dia sgt kurus n badan dia kotor sgt.. kasi dia makan n minum tp dia tknak makan.. pastu mandikan dia.. dia tido kt luar umah.. esoknye bila tgk depan umah dh tade.. sampaila sekarang dah tak balik2.. (∩︵∩)


Cerita # 2:

Sejak hari tu rasa taknak amik kucing angkat dah kat umah ni.. tapi tak boleh jugak sebab anak dia yg kembar td ade n selalu datang rumah nak makanan.. sampai satu masa tak tau nape kembar dia yg 1 tu hilang.. ade dengar dia kene langgar.. ke hilang ke tak pastila (╯︵╰,).. tinggalla seekor bila dikira dengan jari ni.. Lama jugak bela sekor ni n bape tahun tu tanpa kabar berita dia tak balik2 umah dah.. bila tgk kucing yg sebulu cm dia rasa nak tegur tapi muka dia lain dari kucing yg dulu n bila panggil dia tak pandang pun.. taktaula kalau dia lupe diri.. Sedih lagi..


Cerita # 3:

Saya pernah dengan tidak sengajanya menjadi bidan kepada kucing mana tah.. ada ke dia pergi beranak depan umah ni.. masa tu maghrib2 ada dengar bunyi kucing yg tgh dalam kesakitan.. buat tatau je tapi makin lama bunyi tu hilang.. bila buka pintu ish2 terkejutnya daku tgk ade anak kucing yg tgh berdarah.. berlendir n dekat pusat dia terlekat macam uri kot.. kesiannye.. dengan beraninya (bajet je) saya pun ambil kucing yg berdarah tu n pergi cari ibu dia.. kene cepat kalau tak nanti dia mati.. jumpe ibu dia blakang umah n ibu dia pun cepat2 bersihkan anak dia.. nasib budak itu dapat diselamatkan (。◕‿◕。) masa pegang kucing tu mama menjerit2 sbb geli n mama cepat2 suh basuh tgn.. Now tatau kucing tu ibu dia bawak g mana.. Malas nk jejaki sbb nnt kesian n rasa nk bela..



Cerita # 4:
Ni kisah daku seorang penyelamat lagi.. Masa tu tgh dalam tandas n dengar bunyi anak kucing menangis.. Sian sangat dengar.. fikir dalam hati mungkin anak kucing tu lapar kot.. Tapi yg peliknya anak kucing tu menangis tak henti sampai esoknya saya ambil keputusan untuk siasat apa yg jadi sebenarnya dekat kucing ni.. Bila pergi blakang umah.. searchla n makin lama makin dekat dgn bunyi dia nangis.. rupa2nya anak kucing warna hitam ada dalam kotak barang motor yg sangat dalam.. dia terperangkap di situ..
Ohh siannya.. terus saya masuk dalam kotak tu ambil dia.. lepas tu dia senyap menangis sekejap.. mesti dia fobia sebab lama terperangkap.. bawak masuk mama suruh bagi dia air n makan.. bagi dia air, susu, ikan.. tapi dia taknak.. dia asik menangis je.. dahla mata dia penuh dgn najis mata.. sampai tak nampak pape.. mungkin sbb byk sgt nangis..
Bila letak jari dekat mulut dia.. dia hisap.. mungkin dia ingat puting susu ibu dia.. terus saya menangis.. fikir punya fikir macam mana nak kasi dia senyap ni.. mana nak cari ibu dia.. lepas bersihkan tahi mata dia n letak dia dlm kotak.. lama2 tetibe dia senyap, bila tgk rupanya dia tido.. rasa pilu je tgk dia tak nangis dah.. (◑﹏◐) Pastu bila bunyi bising skit je dia menangis.. Sampaila ke pagi dia asik menangis..
Tetibe bila pagi rasa mcm senyap je umah.. bila cari anak kucing tadi dh tade dalam kotak.. mama kata jumpe ibu dia belakang umah.. confirm tu ibu dia sbb bila letak anak kucing tu.. ibu dia amik.. n bawak turun bawah.. waaa hepynye.. rasa nk nangis kegembiraan je kucing tu dh jumpe ibu dia.. mesti dia hepy je ٩(-̮̮̃•̃)۶
Cerita # 5:
Ingatkan hubunganku dengan makhluk2 comel ni akan stop sebab saya pun dah cakap ngn diri sendiri taknak manjakan kucing lagi.. nanti tersayang pastu mula la rasa nak menangis bila pape jadi kat dia n bila tak dapat jumpe dia sehari.. (╯_╰)
Tiba2.. hari sabtu hari tu masa tgh sidai kain datang sekor kucing oren.. dia menegur saya 'meow' mungkin dia tanya 'sorg jeke'.. so layan jela ckp dgn kucing tu.. dia asik bergesel2 kat kaki je.. n sejak aritu dia asik tunggu depan umah.. n mengiau2.. sebelum ni tak pnah pulak nampak dia.. so mula2 taknk layan takut tersayang tapi kesian lak bila dia panggil wat tatau je.. so amikla ikan n kasi dia makan.. sampaila ke hari ni.. hope kucing ni stop ngoratku utk sayang dia.. hehe.. rupe kucing tu lebih kurang cmni..
Comel kan..
凸(¬‿¬)凸

Buat masa bertahun2 ni.. inilah antara makhluk2 comel yg pernah hadir dalam hidupku tapi tataula lepas ni.. Pape pun I LOVE CAT hehehe (✿ ♥‿♥)

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Terlambat pulak post utk father's day ni..

Neway SELAMAT HARI BAPA utk semua ayah, daddy, abi, abah, papa di seluruh dunia terutama di Malaysia.. di Selangor.. di Bandar Baru Bangi di seksyen 1 di pintu umah bernombor 24 iaitu buat papaKU Mustafa Muin Bin Yahya (Ikut dalam IC) yang tercinta.. HAPPY FATHER'S DAY..


Papa is the best papa in d world.. Banyak sangat jasa papa n mama yg orang rasa orang tak mampu nak balas even dgn wang ringgit.. Dari kecik teringat papa selalu hantar oarng, dgn abang pergi sekolah naik motor je.. kalau mama pergi kursus papa yang tolong masakkan (teruk tol anak dia tak masak) lauk utk kami..


Hari ni papa dah kurang sihat sikit, so orang cubela untuk jaga papa sampai sihat.. Get well soon papa.. orang susah hati juga bila tengok papa sakit.. walaupun orang tak banyak cakap dgn papa tapi orang sayang je papa hehehe...


Moga papa n mama panjang umur n dimurahkan rezeki selalu.. sihat n bahagia dunia akhirat.. Amin..

Sunday, June 13, 2010

Hari kawin sedunia

Sekarang ni mcm yg semua org tau.. musim org jadi raja utk sehari.. Memang ramai sungguh nak naik takhta skang ni.. lagi2 weekend.. malam tadi baru je pergi walimah dekat sederet rumah..

Hari ni pulak ade 4 jemputan.. 1 di Senawang, 1 di my kg land, Dewan Banquet UPM, n rumah my bestie Jijah di Teras Jernang.. 2 jemputan tak dapat nak hadir sebab nak pergi ke UPM n tras jernang..

So pergi dgn Marlini wif her cik merah Myvi.. mula2 ke dewan banquet.. dtg2 je teros jumpe n amik gambar dgn pengantin.. then kami makan roti cecah kari je sbb tahap keseganan yg optimum.. lagipun terserempak dgn budak skool dulu duduk 1 geng tp kami tetap berdua..

After dat, jumpe la cik mar (kwn dr tadika sampai ke matrik) n murni.. rasa bahagia gle jumpe dorang n havoc sebentar tak ingt dunia.. lepas sesi jejak kasih n fotografi settle, next walimah Rumah jijah..

Sampai sana adalah dlm pukul 3.40ptg.. dh nak abis kenduri kot.. hehe takpe yg penting misi utama nk makan n jumpe my fren.. then dlm kol 4.30ptg baru blk...

Hari ni sgt menarik n penat sgt sebabnye bukan ke sana ke mari tp sebab banyak borak.. gelak.. n amik gambar... fuh baru tgk org kawin je dh penat.. lom kawin lagi..

Neway SELAMAT PENGANTIN BARU MUM.. Moga bahagia selalu hingga akhir hayat =)
Moga bahagia jugak utk abg jijah n semua raja sehari yg berkawin hari ni..

Doakan jodoh saya pulak yea.. (gatal plak dia)


Jejak kasih.. cik mar, naz, lini

Mum yg sgt cute


Suka sgt dpt jumpe

Dan sampai teras jernang pulak

Suri ni malu2 plak dia


Jijah, me, lini


Masing2 amik berkat kt pelamin


Sape patut tutup muka sape ni


Pertunangan olok2 Marlini


Wif Jijah.. suke ngn background dia
Suri yg tgh kepanasan pakai baju kebaya
Ecececey try berlatih je
Bz nampaknye



Berwajah baru

Setelah berhempas pulas memilih dengan cerewetnye background utk blog kesayangan ku ini.. akhirnya siap juga proses renovation ni.. SO this is my new look of my lovely blog.. hehe..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... saya sebagai d owner of dis blog ingin merasmikan wajah baru blog saya (diiringi dengan percikan bunga api atas kepala) yg diberi nama My Minds, My Thoughts, My Feelings ... bertemakan hijau..

Walaupun still not satisfied dgn wajah baru ni sbb tak memenuhi semua ciri yg aku idamkan.. but okla terima je ngn pilihan sendiri hehe..

Hope dgn new look ni adelah lagi yg sudi nak baca blog ni n rajin tinggalkan komen.. kalo tak sudi pun takpe.. tak dipaksa =P Thanks to all of u yg byk bg support selama ni haha (Ucapan penghargaan yg tak diperlukan)

Selamat membaca (bajet ramai follower =P )

P/S: esok ade 3 kenduri.. tatau nk g mana dlo..
p/S: mengidam kek cheese pulak skg..

Thursday, June 10, 2010

Excited

Sejak akhir2 ni aku makin excited nak main facebook or fb.. semuanya bermula bila makin ramai kawan2 aku time sekolah menengah.. sekolah rendah.. tadika.. n kawan lama2 yg lama tak dengar kabar berita aku jumpa di sini.. fb ni memang ade kebaikan untuk menyatukan hubungan yg lama terpisah (ayat nk gempak je)

SO rasa sangat excited n seronok bila dapat tau balik kabar berita dorang2 yg lama menghilang ni.. takde la lost contact lagi.. pasni nk try cari lagi kawan2 lain yg lom dijumpai.. =)

P/S: baru2 ni je aktif nk men fb hehe

Tuesday, June 8, 2010

Main masak2~

harini patotnye plan kami utk pergi ke Petrosains n akuaria KL.. tapi semua tu tinggal angan2 je.. sbbnye ada yg pulang ke kg halaman n ada pulak yg tak sihat.. jadi yg free nye hanyala saya dan dyda..

Tengahari dalam pukul 12 kami pun gerak ke Tesco kajang utk beli barang dapur rumah dyda.. disbbkan neneknye tiada di rumah so tugas dia utk beli semua barang.. balik dari Tesco singgah di PPD jumpe kwn2 dyda..

Then pulang ke rumah dyda n after zohor.. operasi main masak2 dimulakan.. menu yg ingin dimasak nasi goreng cina.. Hmmm mampukah kami?? so tak pnah masak nasi goreng cina ni.. main masuk je rencah n bahan2.. tetibe rasa skit nasi yg siap dimasak td... WOW!!! confirm ade rasa nasi goreng cina haha.. Mission accomplished! pastu goreng ayam drummet..

After dat ape lagi masa makanla.. yg wat confirm sedap nasi tu sbb tuan rumahnye makan siap bertambah2 lagi.. tak sangka sungguh berjaya masak menu baru arini (elleh nasi goreng cina je kot.. kecoh je).. so 1 ujian utk tempuh rumah tangga telah berjaya dilalui haha..

Bila dh kenyang tgk tv n transfer2 movie ngn dyda.. sampai terlupa nk bitau mak saya yg saya berada di rumah dyda sampai risau mama dibuatnya... sorry mama.. hehe..

Pape pun hope pasni dpt masak cmtu kt rumah sendiri lak.. =)


Lepas masak tlg basuh pinggan


Goreng ayam.. cm pisang goreng lak upanya


Nasi goreng cina dari air tgn kami

Masa utk makan!!
P/S: congrats utk kwn2 yg dh dpt result bgos sem ni.. pasni korang lehla konvo kan..
P/S: Bosan duk di umah huhu







Related Posts with Thumbnails