Saturday, September 18, 2010

Hepy Raya Part 2

Hari raya kedua dimulakan dgn majlis doa selamat sempena mak itam buka umah yg dia baru beli sendiri.. Tiap2 tahun kalau balik kampung kami memang duduk umah mak itam.. umah mak itam pulak tiap2 tahun mesti lain2 lokasi.. Rasanya umah ni kekal la InsyaAllah so takyah la pindah2 lagi kan pasni.. Yg dtg majlis doa selamat ni mak, abah, kami 1 famly n famly maksu.. Lepas dah baca doa selamat mesti ade makan2 so chef yg agung iaitu mama sediakan soto utk menu utama n tambah dengan menu raya yg lain..
Dah makan, tugas bibik tanpa gaji tetap berjalan untuk cuci semua pinggan yg ada.. (kat umah abg n adik panggil saya mak tiri).. Tengah kemas2 pinggan mangkuk, chah cousinku yg tersayang datang dengan famly belah mertua dia dari JB nak beraya.. bila chah dah dtg ape lagi, keje dia makan n menghabiskan makanan yg ade la hahaha (kata nk suap anak tapi semua disuap ke mulut dia.. hehe jgn mara chah).. seronok tgk dia makan byk..
Then kami semua bersiap n pergi ke umah mak long pulak untuk kenduri tahlil & makan2 lagi.. diselang dengan bermaafan sesama sendiri.. riuh rendah umah mak long jadinya cume tak roboh aje dengan suara2 kami semua..
Acara seterusnye konvoi raya beramai2 ke umah mak andak, tok ngah, mak ngah, tok long n tok su.. tapi lepas raya umah mak ngah je, saya terus diculik oleh 2 lelaki (abg n adik) pergi ke batu pahat untuk jalan2.. tujuannya nak beli jeans n adik nak beli t-shirt.. ni semuanya sebab time packing barang bawak t-shirt semua bagai tapi terlupa nak bawak jeans (sangat bijak di situ) n adik pulak ingat balik kampung dalam 2 hari aje.. So t-shirt tak cukup..








Mula2 kami singgah di salon ape tah nama dia tak ingat lak sebab dorang ni nak cuci rambut lak(macam pompuan).. cari salon tu je nak dekat sejam tak jumpe2.. dorang nak jugak pergi salon tu sebab murah.. Bila dah jumpe saya menunggu mereka dengan penuh kesabaran potong, cuci n buat rambut semua adela nak dekat 2 jam.. belum jalan2 lagi dah rasa nak balik tido.. penat..

Settle semua, terus ke The Summit.. nasib cari parking tak susah.. yela mana taknya dorang g parking kat betul2 depan papan tanda no parking.. adushhh malas nak banyak bunyi sebab dorang suruh ikutkan aje.. Kami pun jalan bertiga.. Bila jalan dengan dorang adela jugak rasa macam tuan puteri yg diapit 2 bodyguard haha... byk tol mata pelik yg pandang kami jalan bertiga, mungkin slack sebab saya berbaju kurung kot.. sampai kan ada 1 jurujual tu tanya kat adik 'ni sape? (sambil pndang abg n saya)'.. 'oh ni abang saya, ni kakak saya, kenapa??'.. dia kata muka macam lain2 acuan sikit..
Dah penat berjalan last2 adik tak dpt tshirt dia, saya tak dpt jeans.. bende lain pulak yg kami beli, then kedai semua pun nak tutup dah.. ape lagi, balik ajela dalam kepenatan sebab abang kata lepas ni dorang nak keluar dengan cousin yg lain pulak..
Bila sampai je umah mak itam.... semua (maksu's famly, mama, papa, mak itam) tgh berdiri kat luar umah.. ingatkan kepulangan kami dinanti, rupanya hantar tetamu blk dari beraya.. Duduk pulak ramai2 borak kat luar, ade anak2 jiran main mercun 'PoOoOOom!!' bunyi banyak kali sampai ada perempuan cina yg keluar rumah sambil mara2 ckp anak dia nak tido.. kami yg tak puas hati tgk bunyi mercun tadi nekad teruskan peperangan.. mak itam n paksu mula keluarkan bom yg dibeli dari kereta masing2 n mulakan peperangan.. 3-4 kali bakar je, terus budak2 n semua jiran senyap tutup pintu.. memang KUUUAAAATTTTTTTTT sangat2 bunyi mercun tu walaupun dh tutup telinga.... lepas tu masing2 terus masuk umah bila dah menang peperangan.. hehehehe
Malam tu abang n adik yg kononnya nak keluar lagi senyap je kat tingkat atas umah.. upanya dua2 dah keluar jalan ke alam mimpi masing2...
Sambung 'Hepy Raya Part 3'

0 Apa kata kamu??:

Related Posts with Thumbnails