Monday, June 27, 2011

H.A.T.I

H.A.T.I... Antara organ yg terbesar dalam sistem manusia.. Disebabkan organ ni manusia boleh jadi baik dan sebaliknya.. Pernah tak kamu rasa hati tak tenang n nak buat apape pun cam tak seronok... kalau pernah ni semua adalah 'penyakit hati'.. Nak tau macam mana boleh dapat penyakit ni?? Jom baca kat bawah.....

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam seperti sakitkan hati atau balas balik apa orang yang didendami itu buat. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kita kalah. Tapi hanya kebaikan sahaja yg boleh lawan kejahatan.

3. Hasad dengki - Sifat ni menyebabkan hati tidak tenang sebab sentiasa sibuk memikirkan kelebihan dan kesenangan orang lain dan tidak akan berpuas hati selagi tidak setanding dengan orang itu.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak akan habis...lagipun org tamak selalu rugi.. Belajarlah bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan kepada kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.



6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Perbanyakkanlah bersabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin dan tidak akan bertolak ansur. Sedangkan tiada kelebihan kalau bersifat ego.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak dan takbur dengan apa yg kita miliki..

9. Cinta dunia - bila tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta itu tidak mengapa tetapi kawal hati supaya tidak diletakkan pada harta itu sepenuhnya. Pabila mati kita cuma membawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Jadi jagalah pekerti dan peribadi supaya hati tidak diserang 'penyakit'.. Peliharalah hati supaya sentiasa bersih nescaya hati akan lebih tenang dan senang, minda berkembang, orang sekeliling sayang...

Oh rindu saat ni

Belum pernah lagi tunjuk suasana dekat lab bangunan food sc sepanjang wat tesis sebelum ni kan.. Oh rindu btol dgn geng lab n mcm2 perangai time wat lab...





yg belakang tu seronok ye dah habis lab






Ni tanda yg perlu diambil perhatian.. bahaya!




Sempat lagi dia memain ek.. hehehe



Sila simpan alat kaca dalam oven lepas cuci..





Inilah 1st time kami masuk lab sampai malam teman sorang kwn yg ade prob dgn sampel dia..





OK bosan tol tunggu benda alah ni..





Hari2 kami balik dari lab mesti lewat petang





Wat keje tu takyah nak senyum2 sgt...





Serius discuss esaimen





Serius wat lab dgn sepenuh jiwa cewah...






Kalau lepas ni dapat keje yg masuk lab juga confirm rindu kat korang semua.. geng2 kecoh dalam lab.. mish u guys!!

Wednesday, June 22, 2011

Sayang PAPA

Bulan lepas hari ibu then bulan jun ni hari bapa pula.. hari bapa ni disambut hari ahad minggu ketiga dalam bulan jun n tahun ni jatuh pada 19 Jun 2011, hari ahad hari tu...

Dah berlalu bape hari tapi baru nak post hari ni.. lambat sikit but it does'nt mean that aku tak wish kat my papa... Hari ahad hari tu pagi2 lagi dah wish kat papa hehehe...

Kat sini pun org nak wish jugak kt papa walaupun papa bukan baca blog org pun..

Selamat Hari Bapa PAPA... Kalau tade papa dalam dunia ni, sapela org selama ni kan.. Dari kecil byk sgt pengorbanan yg papa buat utk org... Time sekolah hari2 papa hantar org g sekolah naik motor, Lepas tu hantar g matrik, n Last skali hantar g Universiti.. Org ingat lagi papa belikan org handset nokia yg berwarna masa org nak masuk matrik.. waaa org suke sgt time tu dapat handset baru.. sampai skang sihat lg handset tu.. Then kalau org sakit papa hantar pegi klinik n macam2 lagila jasa papa yg nak tulis pun tak cukup 1 blog ni...

Pape pun moga papa dimurahkan rezeki selalu, diberkatiNYA, diberi kesihatan yg baik n dipermudahkan urusan dunia akhirat InsyaAllah...

Org sayang PAPA sampai bila2 hehehe =))



Papa kata time ni dia hensem haha


Dgn mama time raya



Ni dgn papa n adik.. papa tak suke bergambar nanye sbb tu tade gambar dia sorang..


Monday, June 20, 2011

Wedding lagi

Minggu lepas my kosmate punya wedding... dah genap seminggu dah pun dia kawin tapi baru hari ni dapat post about ni sbb nya masalah gambar. baru dapat gambar time wedding tu..

FYI ni 1st kosmate n 1st wedding kawan yg paling dekat dgn saya.. Kawan2 dekat yg lain kebanyakannya baru bertunang.. tak lama lagi semua pun akan kawin jugak.. aish makin ramai yg bertukar status.. saya jugak yg single tapi single lagi best!! (sedapkan hati sendiri) hehehe..

Wedding ni antara Kamilah or mila n ameen (suami dia).. rumah dorang dekat putrajaya.. kami konvoi dalam 3 kereta dari ukm.. tapi yg lain2 (dtg dari jauh) semua jumpa dekat rumah pengantin je.. Kawan kami ni perempuan (si isteri)..

Sampai2 je......



bergambar dulu ramai2.. yg lain dah lama sampai dulu..




Sebelum tu sign ramai2 sbb share hadiah




OK jom masuk.. tgk tu masing2 dh mula nak joyahzz.. Almaklumlah lama tak jumpa




Jemput makan dulu ye sebelum jumpa pengantin




Ni kami tgh buat rakaman video ucapan utk pengantin... terserlah kekecohan kami2 di sini haha
'SELAMAT PENGANTIN BARU MILA N AMEEN!!! byeeeee' kata kami..




Flying kiss special for d brides from US




Time utk gambar formal pula ye.. semua control cun n ayu gitu




Jeles tgk gambar ni sbb tak berpeluang bergambar dgn pengantin... huhuhuhu
BTW suke sgt dgn tema wedding ni putih silver, pengantin nampak berseri2 n sgt cantik!!




Dah nak balik tetibe terjumpa pula dgn Dr. Norrakiah our lecturer.. apa lagi bergambar sama la...




Lepas tu sempat lagi Dr. bagi lecture hehe takla Dr. cerita pasal peluang keje utk sape yg berminat




Ok2 dah bersurai.. jom blk.. abg hijau tepi tu sampai halau kami sbb halang laluan tetamu lain




Tak terus blk, kami pegi jalan2 dekat putrajaya pulak...




Dgn berbaju kurung jalan2 sampai mlm.. segan gak rasa hehe tapi takpe sesekali.. nampak ayu skit kikikikiki




Indah sungguh pemandangan dekat sini...


Thursday, June 9, 2011

Alhamdulillah

Semalam baru keluar result utk last sem sebagai student dalam kos Sains Makanan Dan Pemakanan.. Masa nak tengok result tu pejam mata la jugak sebab takut sgt kalau menurun dari sem lepas..

Bila buka mata *blink2* Alhamdulillah pointer naiklah sikit daripada sem lepas n yg paling penting dapat grad dgn 3 pointer above.. Syukur sgt2 walaupun tadelah berapa cemerlang macam kawan2 yg lain kan.. Yg paling penting bawah sekali dkat SMPWEB tu tulis


KEPUTUSAN : TAMAT DENGAN KEPUJIAN

Yeay ni maknanya dah boleh grad n pakai jubah ungu!! Terasa berbaloi n macam tak percaya sbb susah senang selama ni akhirnya dah dpt habiskan belajar selama 4 tahun.. Lagi satu yg buat rasa hepy sikit sbb subjek kualiti makanan utk last paper hari tu yg disangka dpt markah merah lulus pulak.. Alhamdulillah.. Nasib baik.... fuh!

Selama 4 tahun dalam kos ni, dah 9 semester dilalui dgn 48 subjek yg semuanya berjumlah 123 unit.. uish bila pikir balik lama jugak aku belajar.. Kawan lain ramai yg dah grad n keje.. tapi aku baru nak habis belajar.. hehehe..

SO now nak tunggu masa untuk konvo je n cari keje.. tak sangka lepas ni dah masuk dalam alam keje.. dah tak boleh main2 macam masa belajar dulu.. dah kene jadi matang n pikirkan masa depan.. Masalahnya sekarang ni tak mula pun cari keje lagi.. nak buat resume pun punyela liat.. adoi... Semangatla sikit sheila oi!!

InsyaAllah dalam bulan 7 ni akan keje.. tak kisahla keje biasa2 or keje dalam bidang makanan.. Kalau boleh nak keje biasa2 dulu.. sebab belum ready utk keje besar2 ni.. n nak kumpul pengalaman keje dulu..

Anyway tahniah utk semua kawan2 yg dpt result cemerlang n yg kurang cemerlang pun jgn sedih mungkin rezeki korang kat luar lagi bagus sape tau kan.. N tahniah jugak utk semua yg dah dpt keje n interview.. gud luck korang for ur future life... jumpa konvo nanti hehe.. mish u all yg gile happening..
Related Posts with Thumbnails