Monday, June 27, 2011

H.A.T.I

H.A.T.I... Antara organ yg terbesar dalam sistem manusia.. Disebabkan organ ni manusia boleh jadi baik dan sebaliknya.. Pernah tak kamu rasa hati tak tenang n nak buat apape pun cam tak seronok... kalau pernah ni semua adalah 'penyakit hati'.. Nak tau macam mana boleh dapat penyakit ni?? Jom baca kat bawah.....

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam seperti sakitkan hati atau balas balik apa orang yang didendami itu buat. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kita kalah. Tapi hanya kebaikan sahaja yg boleh lawan kejahatan.

3. Hasad dengki - Sifat ni menyebabkan hati tidak tenang sebab sentiasa sibuk memikirkan kelebihan dan kesenangan orang lain dan tidak akan berpuas hati selagi tidak setanding dengan orang itu.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak akan habis...lagipun org tamak selalu rugi.. Belajarlah bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan kepada kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.



6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Perbanyakkanlah bersabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin dan tidak akan bertolak ansur. Sedangkan tiada kelebihan kalau bersifat ego.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak dan takbur dengan apa yg kita miliki..

9. Cinta dunia - bila tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta itu tidak mengapa tetapi kawal hati supaya tidak diletakkan pada harta itu sepenuhnya. Pabila mati kita cuma membawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Jadi jagalah pekerti dan peribadi supaya hati tidak diserang 'penyakit'.. Peliharalah hati supaya sentiasa bersih nescaya hati akan lebih tenang dan senang, minda berkembang, orang sekeliling sayang...

0 Apa kata kamu??:

Related Posts with Thumbnails