Monday, July 11, 2011

Aku cuma nak tolong

Semalam buka YM n ter'chatting' dgn sorang kawan lama yg sangat rapat. Kira memang tade rahsiala antara kami. Chatting tu just saje2 je n tetibe dia cakap dia risau tak dapat keje sampai skang. So dgn rasa ambil berat n baik hatinya duk tanyala apa masalah sebenar dia yg wat sampai dia risau sangat tu.

Kebetulan dia ni baru clash dgn pasangan dia bape bulan yg lalu n dia kata tade hala tuju dalam hidup sebab peristiwa tu btol2 wat dia jadi tak OK. So dgn baik hatinya lagi aku tanya kenapa sbb clash tu nak jadi sampai macam ni.. Dia kata dulu dia semangat belaja n keje sumenye sebab nak kumpul duit kawin dengan pasangan dia, but now bila dah jadi macam ni dia hilang motivasi diri tatau apa gune dia nk keje or belaja lagi..

Dia ada keje sementara sebelum ni n dah nak masuk 2 tahun tapi still tak dapat juga keje yg sesuai dgn kelulusan dia.. Dia rasa rugi pula keje camtu sebab dah bazir masa.. kalau sambung belaja katanya dah boleh dapat degree.. Masalahnya kat sini.. Aku rasa sangat bertanggungjawab nak tolong ringankan masalah dia tu walaupun aku bukan boleh kasi keje dekat dia at least aku boleh tolong kasi dia kata2 semangat sebagai sorang kawan biar dia jadi positif sikit n boleh buka pikiran dia utk berfikir.. maklumlah org baru lepas clash n ada masalah tade keje pulak mesti tak boleh berfikiran rasional sikit..


S (Aku): Janganla sebab clash tu nak jadi macam ni.. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni, mungkin Allah nak kasi pasangan yg lagi baik.. Pasal keje tu, jgn risau belum ada rezeki kot.. Lepas ni mesti dapat keje yg baik cume tatau bila, so keje jela sementara tu dulu daripada tak wat pape..

DIA : Ape yg ko MEREPEK ni.. kalo betul ada hikmah nape aku tak dapat2 lagi pasangan lain n tak dapat keje dari setahun lepas.. makin teruk hidup aku adalah.. hikmah apenya..


Ok org tension sbb tu marah2.. Mungkin kene cakap lagi baik kot (sabar2 wahai diri)


S : So skang ni tatau nak wat keputusan la ye, nak keje or sambung belaja?? Aku rasa baik ko keje dulu kot sbb kalo nak belaja kene ada minat.. n Kalo ko rasa ade minat nak belaja, sambung jela terus.. Tade la buang masa

DIA : Yup (tatau wat keputusan).. Bengangnye rasa cakap dgn ko ni.. ko tak paham la masalah aku secara keseluruhan sebenarnya.. Pastu pakai belasah je cakap.. Ntah pape.. Bukan nak dgr masalah aku..

Ye aku tau aku memang tak pandai nak berkata2 n nak bagi motivasi tapi sebagai kawan rapat ko aku cube nak wat ko senang hati, aku cube nak wat ko jadi positif dgn masalah ko n kasi ko semangat tapi aku rasa sume yg aku cakap macam simbah minyak petrol kat daun keladi je... Ikutkan hati nak je aku amik api baling kat minyak petrol tu biar daun keladi cam ko hangus terbakar.. Ko kata aku yg bagi masalah lagi kat ko.. sebenarnya ko tu yg bermasalah n ko je yg boleh wat masalah ko tu settle...

Aku try bagi cadangan tapi ko memang susah nak terima.. Bagi ko sume bende yg aku cakap sampah, n tade makna.. Ok fine ko jela yg betul kan.. So last ayat aku..

S: Aku cuma nak bagi ko positif je tapi ko tak habis2 nak mara n mengamuk dgn aku.. ko memang tak boleh terima pendapat org lain, apa yg aku cakap sume salah ko je yg betol.. so sukati ko la nak macam mana..

Eeerrrrrrrr bengangnye aku... Elok2 aku nak tolong aku yg sakit hati... SO aku berpegang pada kata2 BUAT BAIK BERPADA-PADA... Memang tak boleh buat baik dekat sesape je sesuka hati lagi2 org macam ko..

Sorry entri ni tade niat nak mengutuk or memburukkan sesape just luahan isi hati aku yg macam nak terkeluar ni..



SEKIAN

Tuesday, July 5, 2011

Kawin juga mereka

2 Julai tarikh yg memang akan diingati dari dulu kini n selamanya because of my besday.. N now tambah lagi event penting yg kene diingati dalam tarikh ni ::..

1st, masa tarikh ni my best frens abg ipin dgn kak syu kawin.. & 2nd nya sebab kali kedua dapat jumpa kesayangan2 geng bas abg Kerol lepas semua dah habis belaja..

Kami datang asing2, saya datang sini utk majlis kenduri belah kak syu tumpang sorang kawan dgn aweknya.. Betul2 je kami sampai pengantin perempuan tgh berjalan pegi ke pengantin laki.. So kami follow dari belakang ikut berarak..



Sebelum pengantin berarak ke khemah makan
Cantiknya kak syu, hensemnya abg ipin... sama cantik n padan



Baru je sampai dorang ni dah mulakan keje dorang nk bahan membahan adoiii



Sementara pengantin berarak..
Kami semua masih belum kawin lagi harap maklum hehehe




Pengantin makan bersuap.. kami pun makan melahap
alolololoo malu2
Bukan dah selalu berlatih ke sebelum ni kan hehehe



Lepas makan Acara potong kek..
Kami semua sama tinggi je dgn pengantin..



Sementara tunggu kawan lagi sorang sampai jumpa pulak kak chik..
Tak sangka anak kak chik dah dua2..
Ni anak kedua dia.. budak ni ske sgt dgn lelaki baju kotak2 ni (lan) haha



Farani dgn kamera lan yg mahal..



Sambil2 main baby dgr kak chik bercerita



Ni la dia kak chik dgn anak sulong dia...
still sama macam dulu suka gosip2 tau haha..
kelakar la kak chik ni..



Ni anak kak chik yg 2nd.. dia suka senyum bila pandang kamera



Sebelum balik bergambar dgn pengantin dekat pelamin pulak



Bila dah nak balik bergambar dgn pengantin dekat luar rumah pulak..
Sampai pengantin kata 'eh tak blk lagi?'
hahaha ktorang rasa macam tak nak balik je la



Then sebelum balik lagi, kami singgah lepak taman dekat situ...
Penat layan kerenah dorang ni tau...



Sambil bergambar, berborak n gelak2 dekat taman..
best walaupun memenatkan



Yeay dapat jumpa korang lagi ramai2...
tapi tak cukup sorang je lagi geng kite ni...
Ijat.. dia dtg lewat n balik awal la plak so tade rezeki nk borak2 lama..
Tapi kalau ade ijat rasanya mesti lagi penat kot nak layan..
Kalau budak laki bertiga ni dah bergabung kebengongan dorang habislaaaaa


BTW rasa hepy sangat dapat jumpa korang n tengok kak syu & abg ipin kawin... Tak sangka akhirnya dorang berdua kawin gak.. dua2 pun asal dari kelab kertuk rebana ubi n bertemu jodoh kat situ... So Selamat Pengantin Baru utk Abg Ipin n Kak syu.. Moga Bahagia sampai ke akhir hayat n dapat anak soleh solehah Amin... Sayang korang semua ;))))

Monday, June 27, 2011

H.A.T.I

H.A.T.I... Antara organ yg terbesar dalam sistem manusia.. Disebabkan organ ni manusia boleh jadi baik dan sebaliknya.. Pernah tak kamu rasa hati tak tenang n nak buat apape pun cam tak seronok... kalau pernah ni semua adalah 'penyakit hati'.. Nak tau macam mana boleh dapat penyakit ni?? Jom baca kat bawah.....

Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari peluang untuk membalas dendam seperti sakitkan hati atau balas balik apa orang yang didendami itu buat. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. Mengalah dan memberi maaf bukan bererti kita kalah. Tapi hanya kebaikan sahaja yg boleh lawan kejahatan.

3. Hasad dengki - Sifat ni menyebabkan hati tidak tenang sebab sentiasa sibuk memikirkan kelebihan dan kesenangan orang lain dan tidak akan berpuas hati selagi tidak setanding dengan orang itu.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak akan habis...lagipun org tamak selalu rugi.. Belajarlah bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan kepada kita. Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.



6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Perbanyakkanlah bersabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman.

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin dan tidak akan bertolak ansur. Sedangkan tiada kelebihan kalau bersifat ego.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak dan takbur dengan apa yg kita miliki..

9. Cinta dunia - bila tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berharta itu tidak mengapa tetapi kawal hati supaya tidak diletakkan pada harta itu sepenuhnya. Pabila mati kita cuma membawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Jadi jagalah pekerti dan peribadi supaya hati tidak diserang 'penyakit'.. Peliharalah hati supaya sentiasa bersih nescaya hati akan lebih tenang dan senang, minda berkembang, orang sekeliling sayang...

Oh rindu saat ni

Belum pernah lagi tunjuk suasana dekat lab bangunan food sc sepanjang wat tesis sebelum ni kan.. Oh rindu btol dgn geng lab n mcm2 perangai time wat lab...





yg belakang tu seronok ye dah habis lab






Ni tanda yg perlu diambil perhatian.. bahaya!




Sempat lagi dia memain ek.. hehehe



Sila simpan alat kaca dalam oven lepas cuci..





Inilah 1st time kami masuk lab sampai malam teman sorang kwn yg ade prob dgn sampel dia..





OK bosan tol tunggu benda alah ni..





Hari2 kami balik dari lab mesti lewat petang





Wat keje tu takyah nak senyum2 sgt...





Serius discuss esaimen





Serius wat lab dgn sepenuh jiwa cewah...






Kalau lepas ni dapat keje yg masuk lab juga confirm rindu kat korang semua.. geng2 kecoh dalam lab.. mish u guys!!

Wednesday, June 22, 2011

Sayang PAPA

Bulan lepas hari ibu then bulan jun ni hari bapa pula.. hari bapa ni disambut hari ahad minggu ketiga dalam bulan jun n tahun ni jatuh pada 19 Jun 2011, hari ahad hari tu...

Dah berlalu bape hari tapi baru nak post hari ni.. lambat sikit but it does'nt mean that aku tak wish kat my papa... Hari ahad hari tu pagi2 lagi dah wish kat papa hehehe...

Kat sini pun org nak wish jugak kt papa walaupun papa bukan baca blog org pun..

Selamat Hari Bapa PAPA... Kalau tade papa dalam dunia ni, sapela org selama ni kan.. Dari kecil byk sgt pengorbanan yg papa buat utk org... Time sekolah hari2 papa hantar org g sekolah naik motor, Lepas tu hantar g matrik, n Last skali hantar g Universiti.. Org ingat lagi papa belikan org handset nokia yg berwarna masa org nak masuk matrik.. waaa org suke sgt time tu dapat handset baru.. sampai skang sihat lg handset tu.. Then kalau org sakit papa hantar pegi klinik n macam2 lagila jasa papa yg nak tulis pun tak cukup 1 blog ni...

Pape pun moga papa dimurahkan rezeki selalu, diberkatiNYA, diberi kesihatan yg baik n dipermudahkan urusan dunia akhirat InsyaAllah...

Org sayang PAPA sampai bila2 hehehe =))



Papa kata time ni dia hensem haha


Dgn mama time raya



Ni dgn papa n adik.. papa tak suke bergambar nanye sbb tu tade gambar dia sorang..


Related Posts with Thumbnails